Tuesday, September 15, 2009

Contract dan lawyer fee


Semalam pergi ambil contract yang original di Ehsan dan cari quotation untuk urusan peguam,Saya telah menggunakan perkidmatan HMJ Shaharom & K.S Wee,quotation yang diberikan sangat berpatutan dan memuaskan hati dan penerangan yang jelas dan sangat terperinci..consultation sangat memuaskan.Saya syorkan syarikat guaman ini kerana consultation yang diberikan sangat bagus.

Esok saya akan pergi rumah tersebut untuk tukar kunci baru...yang penting tukar kunci depan tu dulu.Sebelum nei saya telah periksa rumah tersebut dan rumah masih baru tiada sesiapa yang pernah tinggal disitu kerana berdasarkan tiada lampu2 yang dipasang seperti membeli rumah baru...semuanya masih kosong dan standard jer.Meter TNB pun masih 0...masih dara.

Monday, September 14, 2009

Auction 14 Sept 2009


My 1st auction berjaya dapat harga reserve price di Rumah Pangsa Idaman,Prima Damansara,Sungai Buloh,47830 Petaling Jaya. Lepas nak cari loan RHB@CIMB Bank

Sunday, September 13, 2009

Auction pada 12 Sept 2009


Semalam hari ahad bangun pagi2 pergi ke Auction di Hotel Equatorial,tujuan nak nak buat servey.Tak masuk biding saja nak tahu harga rumah dan terjual ke rumah yang aku target,ada 3 rumah yang akau target tu ditempat yang sama tapi berlainan blok jer.

Masuk2 jer dalam ramai potensi yang datang,ada yang datang bidding,ada datang nak tengok2 macam aku nei, ada yang yang buat servey harga.Minuman ada disediakan,bulan puasa nei tengok jerlah.Kalau bulan tak puasa sebat jer..makan free.

Tepat jam 10.30 am lelongan telah bermula.Rumah yang panas hari tu di Kerinci ada 6 pembida..akhir harga jatuh 188k dari 150k reverse price.Agak panas gak lawan harga.
Satu yang panas di Miharja ada 3 orang pembida yang dibawa oleh agent sama.Akhirnya harga jatuh rm78k dari 60k rp.

Rumah aku target tak keluar kerana telah called off..hampir 50% telah called off hari tu. So melepaslah nak dapat rumah yang dah target tu...rumah tu ialah Apartment Saujana ,Damansara Damai..ada 3 buah tu...semuanya telah called off.

Thursday, September 10, 2009

Masuk Auction untuk pertama kalinya



Hari ini aku pergi CIMB Bank buat bank draf sebanyak RM 6500 (10%) untuk masuk rumah lelong di Rumah Pangsa Rampai Idaman,Tingakt 1,Prima Damansara,Petaling Jaya, reverse price adalah 65 k agak mahal bagi ak kerana rumah tu 1st auction, walaupun agak mahal sikit tapi aku suka kawasan kat situ dan berpontensi untuk maju.Ada kemudahan bas,kedai2,pasar malam,bank dsb,kawasan dekat dengan Damansara Damai.Aku dah mintak quotation dari lawyer untuk lawyer fees dsb.

Lepas tu pergi ehsan auctioneers pergi register dan deposit bank draf dan rm 50 untuk buat contract kalau rumah tu.

Sebelum dah buat servey rumah rumah nampak ok,tak owner tinggal,bole kasi sewa rm 350-400.
Kemudahan Berhampiran:-
Komuter Sg. Buloh,Highway NKVE (via tol Sg. Buloh),Hospital Sg. Buloh.Perkhidmatan Bas(Intra kota),LDP Highway ke Petaling Jaya,Kepong Highway ke Selayang / KL,Shah Alam (via Guthrie / Kg. Subang),Mutiara Damansara via Kota Damansara,Penchala LINK

Projek Rumah Berkembar di Padang Jawa, Shah Alam

Projek ku yang pertama bermula di Padang Jawa, Shah Alam membangunkan 2 buah rumah berkembar.Kedua rumah berkembar tersebut telah pun masuk menyewa sebanyak rm 450 sebulan setiap buah.Projek in telah bermula pada April 2009 dan telah pun siap pada awal sept. 2009. Kos untuk rumah berkembar ini adalah rm120K.